Sunday, April 11, 2021

SUMBANGAN PEK MAKANAN ASAS MENJELANG RAMADHAN

SUMBANGAN PEK MAKANAN ASAS MENJELANG RAMADHAN 


Pada Ahad (04 April 2021) dan Khamis (08 April 2021) yang lalu, pihak Pusat Islam telah mengagihkan sebanyak 35 pek sumbangan makanan asas  kepada golongan asnaf, fakir dan miskin serta pusat-pusat tahfiz yang tinggal di sekitar Universiti Utara Malaysia (UUM), Kodiang, Kuala Nerang dan Changlun. 

      Tujuan sumbangan ini diagihkan adalah untuk menyampaikan amanah daripada staff-staff UUM untuk diberikan kepada golongan tersebut. Diharapkan dengan hasil sumbangan dari orang ramai ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban para asnaf, fakir, miskin dan pusat-pusat tahfiz dalam menempuhi bulan Ramadhan yang akan datang.




Pek sumbangan yang diagihkan




Antara penerima-penerima sumbangan


  • 04 April 2021: 

      




       



  • 08 April 2021

       


 


                                                                                         













Tuesday, December 8, 2020

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM DAN KEBAJIKAN - PUSAT ISLAM UUM

Pada 30 November 2020 hingga 2 Disember 2020 bersamaan dengan hari Isnin hingga Rabu yang lalu, Unit Perundingan dan Kebajikan Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM)  telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Amal Solehah (RAYAS) pada 30 November, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Miskin Umu Sabariah (PERKAYA MUSABA) pada 1 Disember, dan Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis serta Rumah Teduh pada 2 Disember.

    Tujuan lawatan rumah anak yatim ini, adalah untuk mempelajari serta mendalami proses-proses pengurusan yang dilaksanakan di rumah anak yatim yang dipilih. Hal ini kerana, dengan meluaskan ilmu pengurusan rumah anak yatim, ia mampu menggandakan idea-idea serta menyumbang kepada pernambahbaikan dalam pengurusan rumah anak yatim yang di uruskan oleh Pusat Islam,UUM. Rumah Anak Yatim UUM, telah beroperasi sejak tahun 2018. Sepanjang tempoh operasi, rumah anak yatim ini hanya mampu menampung 10 orang anak yatim sahaja atas faktor keluasan kediaman yang sangat terhad. Usaha untuk menambah jumlah penghuni dan menaik taraf fasiliti sedang digiatkan. Namun, usaha ini menelan belanja yang sangat tinggi dan memerlukan pengetahuan yang luas. Oleh itu dengan mengadakan lawatan ke rumah anak yatim yang telah lama beroperasi sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada pihak Pusat Islam untuk mempelajari dan mengkaji selok-belok pengurusan yang berkesan untuk diterapkan di rumah anak yatim UUM. 

Sekitar lawatan selama 3 hari:

30 November 2020

 Rumah Anak Yatim Amal Solehah (RAYAS) terletak di daerah Pendang, Kedah. 




 



1 Disember 2020

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Miskin Umu Sabariah  (PERKAYA MUSABA).








2 Disember 2020
Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh Perlis







Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis