Latar Belakang
- Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Ke-244 Bil. 4/2018 bertarikh 14 Mei 2018 telah meluluskan penubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim Universiti Utara Malaysia (RKAY UUM).
- KDYMM Tuanku Sultan Kedah telah berkenan merasmikan RKAY UUM pada 15 Ramadhan 1439H bersamaan 3 Jun 2018 sempena Majlis Berbuka Puasa Universiti di Perkarangan Masjid Sultan Badlishah UUM.
- Penubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim Universiti Utara Malaysia (RKAYUUM) adalah bertujuan untuk menjadikan Universiti Utara Malaysia sebagai sebuah organisasi yang terlibat secara langsung kepada masyarakat luar, di samping peranan utamanya sebagai sebuah institusi pendidikan terkemuka di negara ini.
- Buat masa ini RKAYUUM menempatkan tujuh (7) orang anak-anak yatim lelaki berusia 10-14 tahun. Kesemua mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok.
No comments:
Post a Comment